Wednesday, June 24, 2009

tHe StOrY oF JuNe...

June dah pun hampir tiba ke penghujungnya... cepat benar masa berlalu, bermakna separuh dari tahun 2009 ni telah pun kita lalui.. ada separuh lagi perjalanan yang perlu kita tempuh sebelum melangkah ke tahun yang baru... dan begitulah, June pasti kembali lagi tapi dengan tahun dan kisah yg berlainan...
Menyorot kembali apa yang telah berlaku pada June ini, hmmmmm... memang byk perkara yg berlaku, ada yg bertambah usianya, ada yg telah sampai jodoh dan ada juga yg telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya... jom kita rewind blk apa yg berlaku dalam hidup aku sepanjang June ini...

6 JUNE...
pagi...bangun je tido, aku terus packing baju coz hari ni kami akan blk ke KL for almost 1 week sbb abg ada course kat sana.so, byk la baju yg kena packing..plg penting brg2 rania la, kot ada yg tertinggal parah jugak...sambil dok packing tu aku terfikir2 gak, apa la yg aku nak buat seminggu kat umah mak mertua nnti...sigh..
tengahari... kami bertolak. plannya nak singgah mkn ken
duri kawan aku,Jama kat K.Kangsar so, kami x yah la singgah lunch, terus je ke rumah kenduri... Jama kawan aku masa matrik di Ipoh
dulu, then kami sama2 study kat UMS. masa nak register masuk kat UMS pun kami pegi berdua..parents x temankan pun, dah la 1st time naik flight, pandai2 sndri je.. srnok kawan dgn jama ni, bleh kata dia ni multiskill la.. menjahit, melukis, main gitar mcm2 lg...
Sampai je kami kat umah Jama dia tgh dok bersanding kat pelamin... dan seperti mana kompang yg rancak dipalu begitu jugak la perut aku ni, so aku ajak abg mkn dulu sblm jmpa pengantin..hehehe... lepas mkn, aku pi jmpa Jama. excited dia bila nmpak aku lebih2 lg bila nmpak rania..
Then, kami teruskan perjalanan ke KL... smpai KL dah dekat pukul 6 ptg. Kebetulan mak mertua aku buat katering utk jiran sblh.. rmh dah tunggang langgang mcm tongkang pecah... niat utk berehat terpaksa dibatalkan...so, aku pun turun padang la menolong apa yg patut.....


7 JUNE...
bgn je tido, Rania dah menunjukkan tanda2 selsem
a...so, aku dan abg x tggu lama, terus je bawak dia ke klinik... blk rumah, bagi dia ubat dan tidurkan dia... lepas dia tido aku dan abg bersiap2 nak ke KL...so, tinggal la rania dgn nenek dan atuknya, alah..bukan selalu pun..
Jalan agak lengang, mgkn ramai yg blk kampung semp
ena cuti sekolah ni, dlm 15 minit kami dah terpacak kat jln TAR, so apa lg, shopping... penat shopping, perut dah lapar.. abg ajak aku mkn nasi bryani kat Restoran Insaf. Dia kata nasi bryani kat situ sedap.. aku ikut je la... aku tgk customer pun x putus2, ermmm..sedap sungguh ni.. Time nak bayar terkejut aku tgk bil, nasi bryani 2 set (dalca dgn acar timun je pun) dgn 2 fresh orange sampai 31 hengget... klu kat Penang baru 15 hengget.. hmmm, insaf aku seketika... atas nama KL, abg bayar je smbil memujuk hati...biasa la KL....

8 JUNE...
ari ni abg dah start course, aku dan rania lepak je kat u
mah... selsema rania pun dah ok, mujur x melarat..mak dan abah macam x sihat je, mgkn penat dgn katering kelmarin... so, after 3 years memegang title menantu mak dara, for the 1st time, aku meng'take over' sepenuhnya tugas2 kat dapur...masak apa yg patut je..
petang... lepas adik ipar aku blk dari opis, dia nak bawak rania pi taman metropolitan kat Kepong... aku yg dah dlm keboringan tahap cipan pun join skali la... kami main layang2... seronok sangat, teringat masa kecik2 dulu dok main layang2 dalam bendang....rania pun seronok sgt, kira ni 1st experience dia la main layang2...

10 JUNE...
nothing interesting today... mak masih x sihat, abah pun dah 3 ari mc... ermm, boringnya..
klu ada internet leh gak layan facebook ke..friendster ke... Ting!Tong! sa
pe plak yg dtg tghari ni.. mmm, ada org dari telegift hantar bunga utk abah... actually dari company dia. abah ni jarang ambik mc, so bila tiba2 je 3-4 hari dia mc, bos dia dah mcm pelik.. ikutkan diorang nak melawat abah kat umah, tp abah bagitau takut demam dia berjangkit, so diorang hantar kan bunga je la... mmm, ni la untungnya klu bos sayang...
abah pun memang pekerja cemerlang...
apa citer rania ari ni? owh, rania dah dpt kawan baru.. dia asyik melayan anak2 kucing tu so, x de la dia buat hal sgt... lgpun cik su dia baru belikan patung upin&ipin, so itulah yg dikepitnya ke hulu ke hilir... tggl la aku yg melayan perasaan.... alahai, nasib la esok dah nak blk Penang, klu x memang mati kering aku kat cni...

13 JUNE...
Penat blk KL blum hilang, ari ni kami dah bertolak blk ke Kedah plak... bknnya apa, abg excited sgt nak tengok cendawan yg dia usahakan dah keluar hasil... Alhamdulillah, sambutan pun menggalakkan sampai x cukup la plak... rania suka sangat dpt blk kampung. jmpa tok & tok wan, dan sepupu dia Nisa.. sempat gak aku pi tgk adik aku yg baru je habis berpantang kat rmh mak mertua dia... ni la cucu lelaki pertama mak&abah, ahmad danish...

19 JUNE...
HAPPY BIRTHDAY MY DEAR... ari ni
birthday abg yg ke-30... hehe, dah tua rupanya suami aku ni... aku x de bagi apa2 hadiah yg special pun utk dia, cuma doa aku semoga dia dipanjangkn umur, dimurahkan rezeki dan menjadi suami & papa yg baik utk aku & rania... & semoga rumahtangga kami kekal bahagia hgga hujung nyawa... I really2 luv u, abg.
Lepas abg blk keja, kami terus bersiap.. nak keluar dinner la.. abg kata kat sunway carnival ada pameran ikan. oleh kerana rania suka sgt dgn ikan, so kami bawak dia jalan2 kat sana dulu... pas makan, singgah kedai kek damiral's kat bandar perda... rania yg excited lebih dgn kek tu, smpai je rumah dia la yg sibuk suruh pasangkan lilin kat kek tu...
tahun ni saja dah 3 kali dia tiup lilin, time birthday dia, birthday aku dan skrg birthday papa dia plak.... x pe la, bagi la peluang... sblm tido abg cakap esok nak bawak kitorang jalan2, tp dekat2 je la...hehe, bajet dah lari beb...

20 JUNE...
Kita hanya merancang, tp Allah yg maha menentukan... bangun je dari tido, badan rania panas sangat2... sah dia demam... malam tadi elok je dia, tup tup ari ni dah terkulai layu kat atas katil... so plan utk berjalan2 terpaksa dibatalkan... kami terus bawak rania ke klinik.. klinik panel kat penanti tutup la plak, so terpaksa la bawak dia ke klinik kat bandar perda... on the way ke klinik rania muntah kat dalam kereta, nasib papa la bawak kete waja yg baru hantar car wash.... balik dari klinik, rania masih muntah2... aku risau sgt tambah2 skrg ni tgh havoc dgn H1N1 tu.. tp satu yg bagus anak aku ni, time dia demam x de la plak dia nak merengek2... happy je... siap nyanyi lagu Lenggang2 Kangkung smbil pakai topi party lg masa aku sibuk dok cuci muntah dia... harap2 demam rania x melarat...mama risau sgt sayang....

23 JUNE...
Rania dah pun recover dari demam, Alhamdulillah... tp dia dah mula batuk2.. ni mesti bahana makan aiskrim semalam. Tak bagi dia makan kesian la plak... pi kedai asyik merengek nak aiskrim... lepas makan ubat rania asyik tido je, harap2 dia cepat baik... aku dapat phone call dari mak. mak bagitau one of her officemate dah kembali ke Rahmatullah... arwah mak cik hendon meninggal coz kanser hati slps semggu dia x sedarkan diri. begitulah janjinya...setiap yg hidup pasti akan merasai mati... semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman, Al-Fatihah.

26 JUNE...
pagi... aku buka internet, check email, baca paper & chat je dgn sesapa yg online.... ermmm, berita sensasi a
ri ni, Michael Jackson dah mati... aku bukan fanatik pun dgn dia ni, tp kadang2 layan gak la lagu2 dia... plg aku suka You're not alone.. ari ni gak aku dpt berita gembira dari abg. dia dpt bonus suku gaji... suku je?! syukurlah, patutnya x dpt langsung pun klu nak tgk pd prestasi company diorang.. Alhamdulillah... owh! ari ni gak keta kecik aku dah hantar ke puspakom. so tinggal nak ke JPJ je la, lepas ni secara rasminya keta itu akan menjadi milikku yang mutlak... keta ni hadiah dari abg sempena birthday aku tapi setelah sekian lama terperuk di workshop, sampai skrg baru dapat hantar ke puspakom. asalnya keta ni colour merah tp oleh kerana aku terbekenan sangat dengan Kia Picanto yg colour hijau tu, so abg pun tukar la colour keta ni mcm yg aku teringin...x dapat Kia Picanto, dpt kancil 2nd hand pun jadi la...

27 JUNE...
Hari ni kami balik kampung lg... cendawan makin menjadi.. tiap2 hari ada je org datang nak beli smpai x cukup. so, abg plan nak tambah lg beg... aku sempat gak tolong packing cendawan yg dah dituai tu... kami jual RM2 utk 200g. malam... mak buat pulut makan dgn durian, ermmm...sedap.. dah lama x mkn pulut dgn durian...


2 JULY...

Rupanya ari ni dah 2 July... macam mana aku bleh terbabas plak... ini kan kisah aku di bulan June, so aku terpaksa stop la.. haa! lg satu ari ni abg dah daftar masuk USM, dia buat MBA. so, lepas ni masa utk abg bersama aku & rania makin terhad... x pe la, aku redha... dah memang cita2 abg nak further study, dari thn lepas asyik tertangguh.. Alhamdulillah, thn ni termakbul jugak.. wow! panjang gak kisah aku di bulan june ini... hehe, padan la aku pun sebulan sekali baru nak update blog... so, for the readers.. take ur time to read this... aku mgkn akan ambik masa yg lama plak utk create citer baru... hehe, almaklumlah...saya budak baru belajar nak jadi blogger. until then, salam sayang dari E, bye!

Thursday, May 28, 2009

WANITA

"Wanita yang baik adalah wanita yang kuat. Dia memahami bahawa kekuatannya dapat menjadi lemah kerana sikapnya yang menganggap bahawa dia tidak memerlukan lelaki. Wanita yang baik penuh dengan harapan yang cukup kuat untuk membuat semua impiannya menjadi kenyataan. Dia mengerti apa itu cinta dan kerana itu dia turut memberikan cinta. Wanita yang baik mempunyai percikan inspirasi dan sedikit ketahanan. Dia tahu satu saat harus menginspirasikan orang lain untuk meraih potensi yang dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka. Wanita yang baik memahami masa lalu, mengerti masa kini dan menghadapi masa depan. Wanita yang baik mengenal Tuhannya dan mengetahui bahawa bersama Tuhan dunia ibarat tempat bermain namun tanpa Tuhan dia hanya akan menjadi permainan. Wanita yang baik tidak hidup dalam ketakutan akan masa depan kerana masa lalu. Sebagai gantinya ia mengerti bahawa pengalaman hidupnya merupakan pelajaran yang membawanya lebih dekat pada pemahaman diri dan cinta."

Monday, May 25, 2009

Rania Yang Mempesona...


Ini Rania, buah hati pengarang jantung aku & abg. waktu ni umur dia 6 bulan. comel sangat... sejak lahir lagi pipi dia dah tembam macam roti arab, mungkin sebab masa mengandungkan dia aku suka sangat makan roti arab. Rania lahir dengan berat 3.04kg kat hosp. gomen je...bil hosp. pun cuma 51 hengget, ntah mana dtgnya sehengget tu aku pun tak tau...hehe.. tak kisahlah beranak kat mana pun, sakitnya tetap sama... yang paling penting adalah kehidupan Rania selepas lahir. aku dan abg akan berikan Rania segala yang terbaik.

Membesarkan Rania memang banyak cabarannya, apatah lagi ini pengalaman pertama kami. boleh kata tahun pertama tu tidur malam aku tak pernahnya nyenyak, mesti terjaga tengah malam. nasib baik gak aku tak keja, so siangnya boleh la qada' balik. yang kesiannya my hubby la.. tp tak pe la kan, ini lah yang dinamakan pengorbanan. masa-masa membesarkan Rania sebenarnya cukup indah. Dia belajar perkara baru setiap hari, dan begitu juga aku... belajar menjadi mama yang baik setiap hari.. dari seorang bayi yang hanya tahu menangis minta susu hinggalah sekarang dah pandai menangis nak kan permainan baru, aku puas sebenarnya, kerana Rania membesar di tangan aku sendiri... Rania tak pernah berjauhan dari aku, sentiasa disisi aku setiap masa. paling lama aku tin
ggal pun mungkin dalam 5-6 jam. Macam mana agaknya kalau satu hari kami terpaksa berjauhan, boleh ke dia? dan yang penting boleh ke aku?!!

Bagi setiap ibubapa, anak merekalah yang paling comel, paling bijak dan paling keletah... dan sebagai seorang ibu aku sendiri tak boleh lari dari pandangan sebegitu. Rania bagi aku memang comel, memang bijak dan memang keletah. dan Rania jugak banyak son
gehnya... Dia cepat belajar, bahasanya pun tak pelat. Tapi Rania ni bukanlah baik sentiasa, datang angin menyebainya satu rumah tunggang langgang, habis semua benda di balingnya... sekarang pun dah pandai nak memilih baju mana yang dia nak pakai, aku ikutkan je lah kalau baju tu sesuwai gitu... kalau tak, sorry la... aku tetap gunakan kuasa veto aku. ya lah, kadang2 baju swimming pun dia nak pakai pi jalan2. Memang banyak ragamnya Rania ni, dan aku tak nafikan kadang2 ketam kat tangan aku ni menyinggah jugak kat badan dia, tapi aku tak bertujuan nak sakitkan dia, untuk bagi pengajaran sebenarnya... kata orang tua2, sayang anak tangan2 kan.. hehe..nak cover la tu.. tapi, tiap kali tengok dia tidur dengan wajah yang tak berdosa tu, hilang segala geram dan penat lelah aku menjaga dia seharian...dan aku akan bisikkan kat telinga dia betapa sayangnya aku pada dia, dan semoga bila dia bangun esok pagi dia takkan menaikkan darah mamanya lagi...

Sekarang Rania dah hampir 2 tahun setengah. Dah pandai nak pi sekolah. bangun je tido, dia akan bisik kat telinga aku, "Mama, nia nak pi sekolah." dan alasan aku "Nia tak boleh pi sekolah lagi sebab nia masih pakai pampers."
Itulah secebis kisah Rania atau nama penuhnya Aisyah Nur Rania. Aisyah bermaksud yang hidup makmur dan Nur Rania maksudnya cahaya yang mempesona. Rania memang mempesona, mempesonakan kehidupan mama dan papanya... semoga Rania juga akan mempesonakan kehidupan orang lain suatu hari nanti dengan segala yang baik2... Mama sayang Nia...



SEMPURNA...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah

Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku
Ku kan selalu memikirkan dirimu

Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua

Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku... kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku... lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu sempurna... sempurna

Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh

Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku...