Thursday, May 28, 2009

WANITA

"Wanita yang baik adalah wanita yang kuat. Dia memahami bahawa kekuatannya dapat menjadi lemah kerana sikapnya yang menganggap bahawa dia tidak memerlukan lelaki. Wanita yang baik penuh dengan harapan yang cukup kuat untuk membuat semua impiannya menjadi kenyataan. Dia mengerti apa itu cinta dan kerana itu dia turut memberikan cinta. Wanita yang baik mempunyai percikan inspirasi dan sedikit ketahanan. Dia tahu satu saat harus menginspirasikan orang lain untuk meraih potensi yang dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka. Wanita yang baik memahami masa lalu, mengerti masa kini dan menghadapi masa depan. Wanita yang baik mengenal Tuhannya dan mengetahui bahawa bersama Tuhan dunia ibarat tempat bermain namun tanpa Tuhan dia hanya akan menjadi permainan. Wanita yang baik tidak hidup dalam ketakutan akan masa depan kerana masa lalu. Sebagai gantinya ia mengerti bahawa pengalaman hidupnya merupakan pelajaran yang membawanya lebih dekat pada pemahaman diri dan cinta."

No comments:

Post a Comment