Monday, May 25, 2009

Rania Yang Mempesona...


Ini Rania, buah hati pengarang jantung aku & abg. waktu ni umur dia 6 bulan. comel sangat... sejak lahir lagi pipi dia dah tembam macam roti arab, mungkin sebab masa mengandungkan dia aku suka sangat makan roti arab. Rania lahir dengan berat 3.04kg kat hosp. gomen je...bil hosp. pun cuma 51 hengget, ntah mana dtgnya sehengget tu aku pun tak tau...hehe.. tak kisahlah beranak kat mana pun, sakitnya tetap sama... yang paling penting adalah kehidupan Rania selepas lahir. aku dan abg akan berikan Rania segala yang terbaik.

Membesarkan Rania memang banyak cabarannya, apatah lagi ini pengalaman pertama kami. boleh kata tahun pertama tu tidur malam aku tak pernahnya nyenyak, mesti terjaga tengah malam. nasib baik gak aku tak keja, so siangnya boleh la qada' balik. yang kesiannya my hubby la.. tp tak pe la kan, ini lah yang dinamakan pengorbanan. masa-masa membesarkan Rania sebenarnya cukup indah. Dia belajar perkara baru setiap hari, dan begitu juga aku... belajar menjadi mama yang baik setiap hari.. dari seorang bayi yang hanya tahu menangis minta susu hinggalah sekarang dah pandai menangis nak kan permainan baru, aku puas sebenarnya, kerana Rania membesar di tangan aku sendiri... Rania tak pernah berjauhan dari aku, sentiasa disisi aku setiap masa. paling lama aku tin
ggal pun mungkin dalam 5-6 jam. Macam mana agaknya kalau satu hari kami terpaksa berjauhan, boleh ke dia? dan yang penting boleh ke aku?!!

Bagi setiap ibubapa, anak merekalah yang paling comel, paling bijak dan paling keletah... dan sebagai seorang ibu aku sendiri tak boleh lari dari pandangan sebegitu. Rania bagi aku memang comel, memang bijak dan memang keletah. dan Rania jugak banyak son
gehnya... Dia cepat belajar, bahasanya pun tak pelat. Tapi Rania ni bukanlah baik sentiasa, datang angin menyebainya satu rumah tunggang langgang, habis semua benda di balingnya... sekarang pun dah pandai nak memilih baju mana yang dia nak pakai, aku ikutkan je lah kalau baju tu sesuwai gitu... kalau tak, sorry la... aku tetap gunakan kuasa veto aku. ya lah, kadang2 baju swimming pun dia nak pakai pi jalan2. Memang banyak ragamnya Rania ni, dan aku tak nafikan kadang2 ketam kat tangan aku ni menyinggah jugak kat badan dia, tapi aku tak bertujuan nak sakitkan dia, untuk bagi pengajaran sebenarnya... kata orang tua2, sayang anak tangan2 kan.. hehe..nak cover la tu.. tapi, tiap kali tengok dia tidur dengan wajah yang tak berdosa tu, hilang segala geram dan penat lelah aku menjaga dia seharian...dan aku akan bisikkan kat telinga dia betapa sayangnya aku pada dia, dan semoga bila dia bangun esok pagi dia takkan menaikkan darah mamanya lagi...

Sekarang Rania dah hampir 2 tahun setengah. Dah pandai nak pi sekolah. bangun je tido, dia akan bisik kat telinga aku, "Mama, nia nak pi sekolah." dan alasan aku "Nia tak boleh pi sekolah lagi sebab nia masih pakai pampers."
Itulah secebis kisah Rania atau nama penuhnya Aisyah Nur Rania. Aisyah bermaksud yang hidup makmur dan Nur Rania maksudnya cahaya yang mempesona. Rania memang mempesona, mempesonakan kehidupan mama dan papanya... semoga Rania juga akan mempesonakan kehidupan orang lain suatu hari nanti dengan segala yang baik2... Mama sayang Nia...



1 comment:

  1. Cewah!!! Akhirnya..berjaya jugak hang... senang ja kan buat blog.... so...mulai hari ni selamat menjadi blogger! Selalu lah update sebab aku akan selalu baca ...
    Pasal online, sorry sbb aku bz sket lately, tp tiap2 hari aku ada cek email & frienster...

    ReplyDelete